Piramid
makanan ialah satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan
pemakanan yang sihat. Pengambilan diet dipelbagaikan dengan kuantiti
yang berpatutan kerana tiada satu pun makananyang dapat membekalkan
semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Piramid Makanan membahagikan
jenis-jenis makanan kepada kumpulan berasaskan kandungan nutrien dan
fungsinya.
Merujuk rajah piramid di atas, Aras 1 piramid makanan
terdiri daripada kumpulan makanan karbohidrat kompleks untuk
membekalkan tenaga. Makanan ini juga membekalkan vitamin, garam mineral,
pelawas, dan sedikit protein. Makanan daripada kumpulan ini perlu
diambil sebanyak 8-12 hidangan sehari. Makanan kumpulan ini termasuk
nasi, bubur, mihun, roti, pasta,bijirin, dan kentang.
Aras 2 piramid makanan
terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Kumpulan makanan ini
juga kaya dengan vitamin, garam mineral, dan pelawas. Pengambilan
makanan kumpulan ini disyorkan lima hidangan dan dipelbagaikan.
Aras 3 piramid makanan
mengandungi daging, ayam, ikan, kekacang, dan hasil tenusu. Makanan ini
kaya dengan protein, vitamin B kompleks, ferum, zink, dan magnesium.
Pengambilan makanan kumpulan ini disyorkan dua hidangan sehari. Makanan
kumpulan ini termasuk daging yang rendah lemak, kacang soya, tempe,
ikan, ayam, susu, dadih, dan keju.
Aras 4 piramid makanan terdiri daripada makanan yang kaya dengan lemak, minyak, dan gula serta perlu dimakan dalam kuantiti yang sangat sedikit.
No comments:
Post a Comment