
1. Urutkan wajah anda dengan air
dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. 3 kali.
2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua
belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
3. Lakukan setiap pagi disusuli
dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan
sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan
proses kedutan.
4. Sejurus bangun pagi baca doa,
amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama
10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
5. Air liur pada awal pagi
mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
6. Baca ayat 35 hingga 38 surah
Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7. Setelah solat subuh, bacalah
surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan
berseri dan awet muda.
8. Setelah itu, lakukan senaman
ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman
yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
9. Amalkan memotong kuku atau rambut
pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk
kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu
jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut
yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
10. Semasa berdandan pada waktu pagi
baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam
hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
11. Ketika makan, janganlah disulam
dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran
dengan niat ikhlas kerana Allah.
13. Amalkan solat tahajud.
14. Sentiasa tenang dan bersikap
positif.
15. Mulakan sesuatu urusan dengan
nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
16. Maafkan semua orang sebelum
tidur.
No comments:
Post a Comment