Wednesday, 31 October 2012

Petua Islam Untuk Awet Muda

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYNraXDItyhOf8PQMian_9Hksw1Yryzf-q67lQiGwKMjiRTNCzZAVUehAYB4U-RovURCiIVNqt9Mvi3_NppOQ3419QUr5GTQP7tB32Ccgm9qR1F6xSh8ezENld-to6fCs4QkQOMxmXUQXM/s1600/12.jpg  


1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Khasiat Buah-buahan Untuk Si Kecil Anda


Buah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ianya kaya dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan.  Selain dari itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi kepada kanak-kanak.
Kandungan vitamin yang tinggi
Buah – buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam melawan jangkitan kuman. Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam buahan –buahan adalah seperti berikut:
Pisang – Kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C
Mangga – Kaya dengan vitamin A, E & C
Betik – Kaya dengan Vitamin C dan provitamin A
Aneka hidangan
Buah – buahan boleh dinikmati secara mentah atau diproses. Contoh yang telah diproses adalah seperti minuman jus, kek, dan kuih – muih. Kajian menunjukkan bahawa glukosa darah dipengaruhi oleh jumlah gula atau jumlah karbohidrat di dalam hidangan jus, dan bukanlah jenis gula yang terdapat di dalam jus tersebut.  Pertambahan gula di dalam jus minuman turut meningkatkan jumlah kalori dan karbohidrat hidangan minuman tersebut.  Untuk itu pastikan anda mengurangkan penggunaan jumlah gula tambahan di dalam minuman jus si kecil.
Sumber Antioksida
Kebanyakkan buah adalah sumber yang baik bagi serat, yang mana paling banyak terdapat dalam bentuk serat larut. Antioksida adalah sejenis molekul yang turut dikenali sebagai bioflavonoid, ianya sering ditemui bersama asid askorbid secara semulajadi. Banyak kajian menunjukkan bahawa buah-buahan mampu mengurangkan risiko kepada penyakit seperti kanser dan kardiovaskular.
Buah- buahan sitrus dan vitamin C
Antara contoh buah-buahan sitrus adalah seperti lemon, limau dan juga oren. Kebanyakkan buah – buahan ini mengandungi kandungan jus yang sangat tinggi. Buah-buahan sitrus juga sangat terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Sebagai contoh, kandungan vitamin C di dalam sebiji Oren adalah 65mg.  Antara khasiat buah - buahan ini adalah membantu dalam pencernaan lemak selain mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Buah oren turut mengandungi lebih banyak vitamin A (juga di kenali sebagai beta-karoten) berbanding buah sitrus yang lain. Buah ini juga di percayai dapat melawan jangkitan kuman selain melindungi kita dari penyakit kanser dan menyokong sistem imun.
Hidangan paling mudah
Buah – buahan  juga adalah sejenis makanan yang paling mudah disediakan serta dihadam. Malahan ianya juga mempunyai potensi alergi yang paling rendah (kebanyakkan alergi adalah disebabkan oleh komponen protein sesuatu makanan). Buahan – buahan seperti mangga juga dipercayai dapat menurunkan suhu badan (ketika demam) serta membantu dalam mengurangkan tekanan. Kandungan nutrien yang semulajadi ini juga dapat membantu dalam mengekalkan sistem imun badan kita.
Sungguhpun boleh di makan begitu sahaja (tanpa perlu dikupas), anda perlulah pastikan buah-buahan tersebut telah dicuci terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si kecil. Ini dapat mengelakkan dari sebarang kotoran yang mungkin terdapat pada permukaan buah tersebut.
Rujukan:
  1. The Nutrient – Dense Eating Plan: A Lifetime  Eating Guide To Exceptional Foods For Super Health, Douglas L. Margel, D. C (2005)
  2. Diabetes Meals On The Run: Fast, Healthy Menus Using Convenience Foods, Betty Wedman – St Louis (2002)
  3. Staying Healthy with Nutrition, Elson M. Haas, M. D (1992)
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia

Makanlah buah-buahan


Kuasa Ajaib buah-buahan:
  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.
  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.
  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.
  • Kiwi
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
  • Pisang
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

Piramid Makanan


Piramid makanan ialah satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan pemakanan yang sihat. Pengambilan diet dipelbagaikan dengan kuantiti yang berpatutan kerana tiada satu pun makananyang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Piramid Makanan membahagikan jenis-jenis makanan kepada kumpulan berasaskan kandungan nutrien dan fungsinya.




Merujuk rajah piramid di atas, Aras 1 piramid makanan terdiri daripada kumpulan makanan karbohidrat kompleks untuk membekalkan tenaga. Makanan ini juga membekalkan vitamin, garam mineral, pelawas, dan sedikit protein. Makanan daripada kumpulan ini perlu diambil sebanyak 8-12 hidangan sehari. Makanan kumpulan ini termasuk nasi, bubur, mihun, roti, pasta,bijirin, dan kentang.

Aras 2 piramid makanan terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Kumpulan makanan ini juga kaya dengan vitamin, garam mineral, dan pelawas. Pengambilan makanan kumpulan ini disyorkan lima hidangan dan dipelbagaikan.

Aras 3 piramid makanan mengandungi daging, ayam, ikan, kekacang, dan hasil tenusu. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B kompleks, ferum, zink, dan magnesium. Pengambilan makanan kumpulan ini disyorkan dua hidangan sehari. Makanan kumpulan ini termasuk daging yang rendah lemak, kacang soya, tempe, ikan, ayam, susu, dadih, dan keju.

Aras 4 piramid makanan terdiri daripada makanan yang kaya dengan lemak, minyak, dan gula serta perlu dimakan dalam kuantiti yang sangat sedikit.