KHASIAT
AIR KELAPA MUDA…………..
Tidak sangka sebenarnya
air kelapa muda ini ternyata terkandung banyak khasiatnya. Ia mampu merawat
penyakit dan boleh merawat jika seseorang itu mengalami masalah keracunan.
Melayukini.net – Khasiat Air Kelapa Muda
(Menarik!) | Siapa di sini gemar minum air kelapa muda? Air
kepala muda yang baik adalah diminum terus dari kelapa muda tersebut
tanpa sebarang campuran air. Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak
dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika
menderita demam atau campak. Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya
malah dipanggil buah
ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan
dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat
membawa kekuatan, kesihatan,
umur yang panjang dan kedamaian.
Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih
berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada
kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih
rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia
mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga
adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma
darah manusia.
Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya
sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda
telah “menyelamatkan nyawa” ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah
perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.
Tanda-tanda keracunan
muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau
ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.
H1N1 dan selesema burung
Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma
Keracunan cendawan
air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga
amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk
akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.
Demam campak,demam kuning dan demam panas
Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.
Buang racun
Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.
Ibu mengandung
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu
kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin
di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan
sebagainya.
Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir
Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti
mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.
Melayukini.net -
Sekarang ini jika mahu mencari air kelapa muda yang betul-betul asli hanya
boleh didapati di kawasan-kawasan kampung sahaja. Jika kita melihat di
gerai-gerai mereka ada juga yang menjual air kelapa, akan tetapi ia sudah
banyak bercampur dengan air gula, jadi sukar untuk kita mendapatkan yang
benar-benar 100% asli.
No comments:
Post a Comment