KISMIS |
"sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan
anggur kering”
-Imam Zuhdi.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa
kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang
lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk
pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
KHASIAT:
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan
kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di
antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan
bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan
kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia
disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya.
Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana
separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat
tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi
mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti
varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi
perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan
pereputan gigi.
KEAJAIBAN KISMIS
Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk
kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais
krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif
terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium
glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap
mengamalkan diet makanan ini.Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap
snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar
dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi
bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan,
majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital
tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan
gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada
kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia
akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan
gula itu mula merosot.
“Berlainan dengan kismis, dengan kismis, kanak-kanak akan
dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula.
Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga
yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang
kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan
makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih
santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan
ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan
kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.
Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau
gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu
bapa.
“Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau
keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah,”
katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam
bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara
mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi,
petang dan malam.
“Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa
perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan
mempelbagaikan masakan.
“Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau
sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang mengakui ia juga
boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi
kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.
“Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada
juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.
“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan
makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis
sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan
kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam
melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek
dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet
mereka.
Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago,
Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan
bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde,
betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.
PENCUCI mulut daripada kismis.
Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies
bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan
gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.
Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta,
Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium
dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
“Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan
risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric.
Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat,
antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
“Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk.
Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis
buah-buahan yang asli.
“Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam
masakan seisi keluarga,” ujar Tan Yen Sing.
Sumber : Kesihatan